Geografi

February 1, 2007

BAB 5: RAJAH

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 9:43 pm

BAB 5 : RAJAH

PENGENALAN RAJAH
- Adalah bahan grafik berbentuk lukisan yang menyampaikan maklumat dan data
geografi.
- Terbahagi kepada dua iaitu rajah kitaran dan peta minda.
- Rajah menerangkan aliran,interaksi,saling kaitan,taburan dan pola ciri-ciri geografi.
- Rajah yang lengkap mesti mempunyai tajuk,label,dan maklumat ringkas mengenai
perkara yang ditunjukkan.

RAJAH KITARAN
Mengumpul Maklumat
- Sebelum melukis rajah,kita perlu mengumpul maklumat berkaitaran rajah yang
hendak dilukis.
- Katakan kita hendak melukis rajah penanaman getah melalui kaedah
cantuman.Maka maklumat berkaitan dengan penanaman getah perlu dikumpul.
- Contoh : Maklumat yang telah dikumpul.
1. Buah getah diperolehi dari kebun getah.
2. Biji benih disemai di tapak semaian.
3. Biji benih dipindah dan ditanam dalam polibeg.
4. Anak benih membesar dan mengeluarkan tunas menjadi anak pokok.
5. Tunas pada kulit ranting pokok yang banyak hasilnya dipotong.
6. Tunas ini dicantumkan dengan anak pokok yang tidak banyak
mengeluarkan hasil.
7. Bahagian yang dicantum dibalut selama tiga minggu sehingga
tunas tumbuh.

8. Pokok asal kemudian dipotong.
9. Anak pokok getah ini membesar dan dipindahkan ke ladang.
10. Pokok getah matang dan mula berbuah serta dapat ditoreh selepas berumur
enam hingga tujuh tahun.

Kemudian lukis dan label rajah.
Melukis dan Melabel Rajah.
- Setelah maklumat dikumpul,beberapa perkara perlu dilakukan semasa melukis dan
melabel rajah.
1. Baca maklumat yang dikumpulkan dan pastikan ciri fizikal yang hendak dilukis.
2. Tentukan lokasi setiap ciri fizikal sebelum melukisnya dalam rajah.
3. Gunakan anak panah untuk menunjukkan proses dan aliran secara berperingkat-
peringkat.
4. Warnakan dan labelkan ciri-ciri tersebut.
5. Tulis huraian ringkas bagi menerangkan maklumat dalam rajah.
6. Berikan tajuk yang sesuai.
- Rajah 1 dihasilkan berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.
( Rujuk ketika pengajaran dijalankan )
Rajah 1 : Penanaman getah melalui kaedah cantuman

Mentafsir Rajah Kitaran
Langkah-langkah mentafsir rajah kitaran adalah seperti yang berikut:
1. Perhatikan tajuk rajah kerana tajuk menerangkan perkara yang digambarkan secara
keseluruhan.
2. Perhatikan susunan rajah mengikut urutan nombor atau maklumat.
3. Perhatikan anak panah yang menunjukkan aliran maklumat.
4. Mentafsir mengikut susunan,label,dan anak panah.
5. Membaca huraian ringkas pada setiap rajah untuk mendapatkan penerangan dan
pemahaman yang lebih jelas.

Contoh Tafsiran Rajah Kitaran

Rajah 2: Proses kitar semula kertas
Proses Kitar Semula Kertas
Rajah menunjukkan proses kitar semula kertas.Sisa buangan seperti surat khabar,
majalah, dan buku dikumpulkan.Kemudian bahan buangan tersebut dihantar ke kilang
memproses semula kertas.Kertas yang telah dikitar semula akan dihantar pula ke kilang
kertas dan pulpa. Seterusnya kertas yang telah dikitar semula digunakan untuk membuat
surat khabar,majalah dan buku.

PETA MINDA
- Dilukis untuk meringkaskan maklumat.
- Contoh, peta minda yang menunjukkan kepentingan tumbuh-tumbuhan.
Rujuk Rajah 3 Kepentingan tumbuh-tumbuhann semula jadi.

Mengumpul Maklumat
1. Terlebih dahulu maklumat berkaitan peta minda perlu dikumpulkan sebelum melukis
peta minda.
2. Maklumat tambahan boleh diperolehi melalui rujukan di internet atau perpustakaan.
3. Berikut maklumat yang telah dikumpulkan.

Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi:
a. Mencegah hakisan tanah
b. Mengimbangi ekosistem
c. Kawasan tadahan hujan
d. Habitat flora dan fauna
e. Eko pelancongan
f. Sumber perhutanan
g. Menyederhanakan suhu
h. Sumber perubatan
i. Tempat perlindungan hidupan liar
j. Kawasan pembiakan hidupan laut

Melukis dan Melabelkan Peta Minda
1. Setelah maklumat dikumpulkan,peta minda dilukis.
2. Panduan untuk melukis dan melabelkan peta minda adalah seperti :
a. Perkara utama ditulis di tengah-tengah peta minda.
b. Senaraikan semua perkara yang berkaitan.
c. Lukiskan anak panah.
d. Tuliskan tajuk
3. Rajah 3 adalah contoh peta minda yang telah berjaya dihasilkan
berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Rujuk peta minda di bawah.

Rajah 3  Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi

Mentafsir Peta Minda
1. Panduan untuk mentafsir peta minda adalah seperti berikut :
a. Perhatikan tajuk
b. Kenal pasti perkara yang diterangkan.
c. Membaca huraian ringkas berkaitan dengan perkara yang
diterangkan.

Rajah 4 Kepentingan sungai di Malaysia.

Contoh Tafsiran:

Peta minda ini menerangkan kepentingan sungai di Malaysia.Sungai
membekalkan air untuk kegunaan domestik seperti membasuh,mandi,
memasak dan minum. Air sungai juga digunakan untuk tujuan pertanian
terutamanya pengairan di sawah padi.Sungai membekalkan air untuk
kegunaan perindustrian seperti di kilang-kilang membuat minuman
ringan dan memproses makanan.Sungai juga diempang untuk menjana
kuasa hidroelektrik supaya bekalan hidroelektrik supaya bekalan
elektrik di negara kita sentiasa mencukupi.Sungai di Malaysia juga
berpotensi menjadi pusat rekreasi dan eko pelancongan kerana aliran
air yang bersih dan jernih seperti di Air Terjun Kota Tinggi,Johor.
Sungai berperanan membekalkan sumber protein seperti ikan dan
udang kepada penduduk.Sungai juga menjadi sistem pengangkutan
yang penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan
pukal terutamanya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

©2014 Geografi
Provided by WPMU DEV - The WordPress Experts
Hosted by Edublogs