Geografi

February 1, 2007

BAB 7: TABURAN PENDUDUK

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 10:08 pm

Geografi (View site »)

Howdy, malinda. [Sign Out, My Profile]

 

Dashboard

Latest Activity

Incoming Links More »

Comments »

Comments in moderation (1) »

Posts »

Blog Stats

There are currently 10 posts and 1 comments, contained within 3 categories.

Welcome to edublogs.org

Use these links to get started:

Edublogs News

Edublogs Forums Upgrade — 7 days ago

I’ve upgraded the Edublogs Forums to the latest version of the very wonderful bbPress. This is good because it allows users who don’t have an Edublogs username to participate (i.e. plugin authours, prospective Edublogs users, people asking broader questions) and brings fun things like tags, spam blocking, plugins and more into play. It’s a bit annoying as [...]

How to get more readers — 21 days ago

“41 ways to kickstart your marketing edublogging efforts” This article is primarily meant for bloggers looking for adsense dollars but is equally applicable to any blogger wanting to boost their readership and join the conversation. Excellent advice to start 2007 with.

Exciting things to come in January — 44 days ago

So, you may notice a new favicon as of today (the little 16×16 pixel thing next to the http…) Am not sure how well the average browser refreshes these, but it’s a cute little e – and heralds great things to come in January. There’s going to be a redesign (tres funky) that’ll link together [...]

Edublogs Forums

Read more »

edublogs.org support forums
wordpress-mu-1.0 — 0.22 seconds

if(typeof wpOnload==’function’)wpOnload()

BAB 7: TABURAN PENDUDUK

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 10:07 pm

Faktor Sumber Mineral 1. Dalam sektor perlombongan. 2. Lembah Kintar dan Lembah Klang kawasan yang berkembang pesat hasil bijih timah. 3. Kuala Lumpur terletak di Lembah Klang adalah kawasan penduduk paling padat. Ipoh     kawasan yang padat penduduk di Lembah Kintar ( Perak ). 4. Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu,Sarawak dan Sabah      mempengaruhi perkembangan industri tersebut. 5. Contoh lain : Industri penapisan petroleum di Kerteh ,Port Dickson dan Lutong.Industri      mencairkan gas asli terletak di Bintulu. 6. Perlombongan banyak mewujudkan peluang pekerjaan menyebabkan ramai penduduk      tertumpu ke kawasan ini. Faktor Dasar Kerajaan / Governan 1. Mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. 2. Dasar Perindustrian Negara ( DPN ) dan Dasar Pertanian Negara telah diperkenal     kan. 3. Dasar Perindustrian Negara telah menggalakkan estet-estet perindustrian yang      terancang. Contoh :
a. Jelapang dan Kinta ( Perak )
b. Pasir Gudang ( Johor )
c. Sungei Way dan Teluk Panglima Garang ( Selangor )
d. Bayan Lepas dan Perai ( Pulau Pinang ) 4. Pembinaan kilang dan kemudahan asas banyak disediakan. Melalui DPN,kerajaan     membangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan bidang pertanian.Banyak

BAB 6: PETA

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 9:51 pm

PETA PELANCONGAN DENGAN SIMBOL ANGKA – Ditandai dengan angka 1,2,3, dan seterusnya. -Digunakan untuk mengurangkan penggunaan ruang dalam peta. -Rujuk buku teks muka surat 55. -Contoh angka yang menunjukkan ciri fizikal: SIMBOL CIRI FIZIKAL KEDUDUKAN 1 Taman Tema Air A’ Famosa barat daya  2 Makam Dol Said barat daya  3 Kota Filipina barat daya MENTAFSIR PETA BERGAMBAR 1. Perhatikan tajuk dan simbol. 2. Rujuk kepada petunjuk untuk memperolehi penjelasan tentang simbol-simbol     yang digunakan. 3. Kenal pasti kedudukan ciri geografi yang terdapat dalam peta. 4. Kelaskan ciri-ciri geografi tersebut kepada ciri fizikal dan ciri budaya. 5. Perhatikan dari arah utara ke selatan bagi memastikan semua ciri diperhatikan. Rujuk Buku Teks muka surat 57.

BAB 5: RAJAH

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 9:43 pm

BAB 5 : RAJAH

PENGENALAN RAJAH
- Adalah bahan grafik berbentuk lukisan yang menyampaikan maklumat dan data
geografi.
- Terbahagi kepada dua iaitu rajah kitaran dan peta minda.
- Rajah menerangkan aliran,interaksi,saling kaitan,taburan dan pola ciri-ciri geografi.
- Rajah yang lengkap mesti mempunyai tajuk,label,dan maklumat ringkas mengenai
perkara yang ditunjukkan.

RAJAH KITARAN
Mengumpul Maklumat
- Sebelum melukis rajah,kita perlu mengumpul maklumat berkaitaran rajah yang
hendak dilukis.
- Katakan kita hendak melukis rajah penanaman getah melalui kaedah
cantuman.Maka maklumat berkaitan dengan penanaman getah perlu dikumpul.
- Contoh : Maklumat yang telah dikumpul.
1. Buah getah diperolehi dari kebun getah.
2. Biji benih disemai di tapak semaian.
3. Biji benih dipindah dan ditanam dalam polibeg.
4. Anak benih membesar dan mengeluarkan tunas menjadi anak pokok.
5. Tunas pada kulit ranting pokok yang banyak hasilnya dipotong.
6. Tunas ini dicantumkan dengan anak pokok yang tidak banyak
mengeluarkan hasil.
7. Bahagian yang dicantum dibalut selama tiga minggu sehingga
tunas tumbuh.

8. Pokok asal kemudian dipotong.
9. Anak pokok getah ini membesar dan dipindahkan ke ladang.
10. Pokok getah matang dan mula berbuah serta dapat ditoreh selepas berumur
enam hingga tujuh tahun.

Kemudian lukis dan label rajah.
Melukis dan Melabel Rajah.
- Setelah maklumat dikumpul,beberapa perkara perlu dilakukan semasa melukis dan
melabel rajah.
1. Baca maklumat yang dikumpulkan dan pastikan ciri fizikal yang hendak dilukis.
2. Tentukan lokasi setiap ciri fizikal sebelum melukisnya dalam rajah.
3. Gunakan anak panah untuk menunjukkan proses dan aliran secara berperingkat-
peringkat.
4. Warnakan dan labelkan ciri-ciri tersebut.
5. Tulis huraian ringkas bagi menerangkan maklumat dalam rajah.
6. Berikan tajuk yang sesuai.
- Rajah 1 dihasilkan berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.
( Rujuk ketika pengajaran dijalankan )
Rajah 1 : Penanaman getah melalui kaedah cantuman

Mentafsir Rajah Kitaran
Langkah-langkah mentafsir rajah kitaran adalah seperti yang berikut:
1. Perhatikan tajuk rajah kerana tajuk menerangkan perkara yang digambarkan secara
keseluruhan.
2. Perhatikan susunan rajah mengikut urutan nombor atau maklumat.
3. Perhatikan anak panah yang menunjukkan aliran maklumat.
4. Mentafsir mengikut susunan,label,dan anak panah.
5. Membaca huraian ringkas pada setiap rajah untuk mendapatkan penerangan dan
pemahaman yang lebih jelas.

Contoh Tafsiran Rajah Kitaran

Rajah 2: Proses kitar semula kertas
Proses Kitar Semula Kertas
Rajah menunjukkan proses kitar semula kertas.Sisa buangan seperti surat khabar,
majalah, dan buku dikumpulkan.Kemudian bahan buangan tersebut dihantar ke kilang
memproses semula kertas.Kertas yang telah dikitar semula akan dihantar pula ke kilang
kertas dan pulpa. Seterusnya kertas yang telah dikitar semula digunakan untuk membuat
surat khabar,majalah dan buku.

PETA MINDA
- Dilukis untuk meringkaskan maklumat.
- Contoh, peta minda yang menunjukkan kepentingan tumbuh-tumbuhan.
Rujuk Rajah 3 Kepentingan tumbuh-tumbuhann semula jadi.

Mengumpul Maklumat
1. Terlebih dahulu maklumat berkaitan peta minda perlu dikumpulkan sebelum melukis
peta minda.
2. Maklumat tambahan boleh diperolehi melalui rujukan di internet atau perpustakaan.
3. Berikut maklumat yang telah dikumpulkan.

Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi:
a. Mencegah hakisan tanah
b. Mengimbangi ekosistem
c. Kawasan tadahan hujan
d. Habitat flora dan fauna
e. Eko pelancongan
f. Sumber perhutanan
g. Menyederhanakan suhu
h. Sumber perubatan
i. Tempat perlindungan hidupan liar
j. Kawasan pembiakan hidupan laut

Melukis dan Melabelkan Peta Minda
1. Setelah maklumat dikumpulkan,peta minda dilukis.
2. Panduan untuk melukis dan melabelkan peta minda adalah seperti :
a. Perkara utama ditulis di tengah-tengah peta minda.
b. Senaraikan semua perkara yang berkaitan.
c. Lukiskan anak panah.
d. Tuliskan tajuk
3. Rajah 3 adalah contoh peta minda yang telah berjaya dihasilkan
berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.
4. Rujuk peta minda di bawah.

Rajah 3  Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi

Mentafsir Peta Minda
1. Panduan untuk mentafsir peta minda adalah seperti berikut :
a. Perhatikan tajuk
b. Kenal pasti perkara yang diterangkan.
c. Membaca huraian ringkas berkaitan dengan perkara yang
diterangkan.

Rajah 4 Kepentingan sungai di Malaysia.

Contoh Tafsiran:

Peta minda ini menerangkan kepentingan sungai di Malaysia.Sungai
membekalkan air untuk kegunaan domestik seperti membasuh,mandi,
memasak dan minum. Air sungai juga digunakan untuk tujuan pertanian
terutamanya pengairan di sawah padi.Sungai membekalkan air untuk
kegunaan perindustrian seperti di kilang-kilang membuat minuman
ringan dan memproses makanan.Sungai juga diempang untuk menjana
kuasa hidroelektrik supaya bekalan hidroelektrik supaya bekalan
elektrik di negara kita sentiasa mencukupi.Sungai di Malaysia juga
berpotensi menjadi pusat rekreasi dan eko pelancongan kerana aliran
air yang bersih dan jernih seperti di Air Terjun Kota Tinggi,Johor.
Sungai berperanan membekalkan sumber protein seperti ikan dan
udang kepada penduduk.Sungai juga menjadi sistem pengangkutan
yang penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan
pukal terutamanya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Powered by WordPress Hosted by Edublogs.