Geografi

January 8, 2007

Filed under: Uncategorized —— malinda @ 8:22 pm

BAB 3 : SKALA DAN JARAK

SKALA
1. Skala digunakan untuk menentukan jarak antara 2 tempat dalam peta.
2. Skala ialah nisbah antara jarak dalam peta dengan jarak sebenar di permukaan
bumi.
3. Nisbah ialah perbandingan,penimbangan dan kadar.
4. Jarak diukur menggunakan skala lurus.
Contoh :

o 1 2 3 4 5 km
i_____i_____i___ _i_____i_____i____
1 cm mewakili 1 km

Contoh : Jarak di permukaan bumi ialah 1 km dan dapat dilukis dengan
menggunakan skala 1 cm mewakili 1km.Maka jarak dalam peta dilukis
dengan jarak 1 cm.

3.2 : MENGUKUR JARAK LURUS
1. Menggunakan jangka tolok

Contoh : Mengukur jarak antara rumah Marie dengan klinik.

Cara / Langkah mengukur jarak.
i. Tandakan satu titik di tengah-tengah rumah Marie dan klinik.
ii. Letak kedua-dua hujung jangka tolok pada kedua-dua titik tersebut.
iii. Kemudian,tanpa mengubah jarak antara kedua-dua hujung jangka tolok itu,
letak jangka tolok pada skala lurus.
iv. Didapati jarak antara kedua-dua bangunan itu ialah 3 km.

2. Mengukur jarak dengan jalur kertas /pembaris.
Contoh: Mengukur jarak antara rumah John dengan dewan serba guna.
Cara/langkah:
i. Tandakan 1 titik di tengah-tengah rumah John dengan dewan serba guna.
ii. Lukis garis lurus untuk menyambung ke dua-dua titik tersebut.
iii. Letak tepi jalur kertas pada garisan itu.Tandakan huruf P bagi kedudukan rumah
John dan huruf Q bagi kedudukan dewan serba guna.
iv. Kemudian letak jalur kertas itu pada skala lurus dengan titik P pada nilai penuh
yang paling hampir iaitu 4 km,dan titik Q ke kiri angka 0.Titik Q akan berada di
0.4.Jarak sebenar antara rumah John dengan dewan serba guna ialah 4.4 km.

3.3 : MENGUKUR JARAK MELENGKUNG.
A. Menggunakan benang
Contoh:
Mengukur panjang Sungai Alur dari Kampung Muda ke Kampung Selayang.
Cara / Langkah:
i. Buat satu simpul pada benang dan letak simpul pada titik di Kg.Muda.
ii. Kemudian letak benang itu di tengah-tengah sungai dengan mengikut lengkung Sungai Alur sehingga ke Kg.Selayang.
iii. Letak benang agar selari dengan skala lurus.Baca jarak sebenar.
iv. Jarak dari Kg. Muda ke Kg.Selayang melalui sungai ialah 4.2 km.

B. Menggunakan Jarak Melengkung dengan Menggunakan Jalur Kertas.
Contoh:
Mengukur jarak jalan raya dari Pekan Baling ke Kampung Siput.
Cara / Langkah :
i. Bahagikan jarak melengkung pada jalan raya kepada bahagian kecil yang lurus.
ii. Pada setiap bahagian,tandakan nombor atau huruf.
iii. Letak tepi salah satu hujung kertas di sepanjang bahagian lurus yang pertama dan tandakan di atas peta.

Dewan
P.

1 2 3 4 km
. . .
kertas
________________________________

4. Ulang cara ini sehingga semua bahagian ditandakan di atas kertas.
5. Letak tepi jalur kertas yang ditandai semua bahagian pada skala lurus.
Baca jarak sebenar.

3.4 : Menukarkan Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar.
1. Jarak antara tempat dalam peta dapat ditukarkan kepada jarak sebenar di
permukaan bumi.
2. Jarak sebenar dapat diperolehi dengan menggunakan skala lurus.
( Rujuk buku teks muka surat 25 ).

3.5 : Menukarkan Jarak di Lapangan kepada Jarak Pada Peta.
1. Skala lurus digunakan untuk menukarkan jarak di lapangan kepada jarak pada peta.
2. Untuk menukarkan jarak di lapangan atau jarak sebenar kepada jarak pada
peta ,perkara berikut perlu dilakukan :
i. Tentukan skala peta,misalnya 1cm mewakili 2 km.
ii. Membahagikan jarak sebenar dengan skala lurus.
Contoh : Jarak sebenar A = 9 km
: Skala lurus = 1 cm mewakili 2 km
: Oleh itu, jarak pada peta = 9 / 2 = 4.5 cm
iii. Tukar semua jarak sebenar mengikut kaedah yang diberikan.

BAB 4 : GRAF
PENGENALAN
Graf bar berganda dab graf garisan berganda digunakan untuk menyampaikan
data atau maklumat geografi agar dapat memudahkan penyampaian data,dibaca dan
ditafsirkan.
Graf terbahagi kepada dua iaitu graf bar berganda dan graf garisan berganda.

GRAF BAR BERGANDA
- Digunakan untuk membandingkan dan menunjukkan perubahan 2 jenis maklumat
dalam 1 graf yang sama.
- Ia dilukis untuk mewakili perubahan kuantiti ciri-ciri tertentu seperti :
a. jumlah hujan
b. jumlah penduduk mengikut kaum
c. jumlah pendapat
d. jumlah ternakan
e. jumlah eksport dan import
- Contoh : Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar Tingkatan Dua mengikut lokasi
kediaman.
- Data-data yang tersusun direkodkan dalam bentuk jadual agar mudah dibaca dan
difahami.

Jadual 1 : Bilangan pelajar Tingkatan Dua mengikut lokasi kediaman.

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

Powered by WordPress Hosted by Edublogs.